Isnin, 9 Mei 2016

Langsir Raya 2016- siap pasang seminggu

As Salam semua,

Lama kami tak update info dalam blog nie... Agak busy dgn beberapa perkara termasuk memasang Langsir untuk hari Raya di rumah  customer.

Syukur kami dapat customer yang sungguh baik &  memahami tugas kami ketika pemasangan dibuat .
Ada juga rata-rata bertanya ' boleh tak siap sehari?' Jawapannya tak boleh dik....Sebab, proses Kami berbeza dari perkhidmatan jahitan langsir di kedai secara walk in. Kami ukur, jahit dan pasang  di rumah anda. Mustahil bleh siap sehari Kan?

Tapi untuk tahun ini, langsir readymade dah ada menunggu anda...  Semua saya bagi discount 15% pada harga kain ye. So apa yg perlu anda buat adalah :-

1. Pilih design langsir yang dikehendaki
2. Buat bayaran deposit 50% (Bukti transaksi diperlukan)
3. Tempahan di proses
4. Siap pasang dan terus buat bayaran baki 50%

Mudahkan? Tapi kalu Nak custom made... Mcm biasa PM/ Wasap saja

Berikut hasil pemasangan langsir oleh kami di Taman Mas Jaya, Hulu Langat:-



Sebelum - Langsir pintu 
Selepas - Langsir Pintu
Sebelum - Pintu Sliding French Pleat
Selepas - Langsir Sliding Eyelet + Langsir siang (Day Curtain) & 16x16 cushion cover

 Pilihan-pilihan langsir yang ada di kedai kami:-

Brown 01


brown mix

blue brown

brown gold

brown gold

brown peach

blue polkadot

stripe maroon

flower green purple

silver cream

emerald green

yellow blue purple

grey pink

golden black

colourful blue brown purple maroon

pure silver

maroon cream

ready made blue

ready made green

flower purple

stripe purple orange green

peach

maroon




Khamis, 15 Oktober 2015

Langsir baru utk rumah baru dan harga baru

As salam,

Lama tak update entry, alhamdulillah Allah Swt masih memberi kami menghela nafas untuk bersama lagi. saja nak update xtvt salmasdesign. Alhamdulillah masih ada pecinta-pecinta kecantikan menempah langsir dan wallpaper dengan kami.

Ada beberapa perkara yang nak kami sampaikan:-

semasa entry nie sedang di tik tak tik tak dapat wasap dari distributor bahawasanya harga WALLPAPER akan naik pada Nov 2015 berikutan penurunan nilai semasa matawang Ringgit Malaysia. Jadi kepada semua yang ingin membeli wallpaper denagan kami boleh membuat tempahan dengan harga semasa sehingga 20/10/15..selepas itu harga baru akan menyusul

FLAT RATE!!!! semua design RM200.00 dan yang terkini, kepada peminat-peminat floral sama-sama dapatkan koleksi SILK GARDEN 3D Floral Collection dengan kami ya!





Rabu, 22 April 2015

Tempahan Langsir Raya 2015

Assalamualaikum semua...intai-intai apa tu.....mesti cari kedai langsir yg masih menerima tempahan kan...huhuhu....Alhamdulillah kami masih menerima tempahan jahitan langsir dan pemasangan kertas dinding....sehingga hujung bulan Mei yer...pemasangan Insya Allah sehingga bulan RAMADHAN...tempahan selepas Mei , ampun dan maaf tidak akan di terima. Sebab apa? sebab kami takut tak sempat nak siapkan...nanti kami tak dapat beraya...anda-anda kat sana pun bersedih rumah xcantik time raya...:) so sama-sama kita tempah awal untuk kesejahteraan kita bersama...

Ok TQ semua.

cara tempahan :

  1.    Call/wassap/message 0133377035                    
  2.    Nyatakan apa yg anda inginkan
  3.    Bagi gambar atau idea yg di ingini
  4.    Nyatakan size
  5.    Confirm order - kita jumpa untuk perbincangan selanjutnya hingga langsir/ wallpaper siap d pasang.


Khamis, 5 Februari 2015

SALMAS Design: WALLPAPER/ WALL COVERING FEBRUARY SALE!!!

SALMAS Design: WALLPAPER/ WALL COVERING FEBRUARY SALE!!!: Salam Sejahtera semua, Kami sedang mengadakan promosi wallpaper untuk semua pelanggan online kami sepanjang bulan Februari 2015. Sila Kunjungi www.salmasdesign.blogspot.com untuk maklumat lanjut



Regards,

Admin.

Isnin, 2 Februari 2015

WALLPAPER/ WALL COVERING FEBRUARY SALE!!!


Salam Sejahtera semua,

Kami sedang mengadakan promosi wallpaper untuk semua pelanggan online kami sepanjang bulan Februari 2015.

Sangat MUDAH!!!

  1. Click link wallpaper untuk memilih wallpaper yang diminati  
  2. Whats app nama anda dan nombor siri wallpaper yang diminati untuk menentukan available stock ke nombor 0133377035 (Agent kami akan membantu anda)
  3. Sekiranya "in stock" anda dikehendaki memberi nama penuh dan alamat untuk tujuan pengeposan barang
  4. Selepas itu "Bank in jumlah RM" yang tepat ke bank account kami, Whats app semula bukti pembayaran
  5. Wallpaper anda akan sampai ke alamat penghantaran dalam 2 - 3 hari bekerja
SELESAI!!! MUDAH KAN!!!

Ok kami menunggu pesanan dari anda

Sekian
ADMIN

Selasa, 27 Januari 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Menyambut tahun baru dengan penuh kesederhanaan dengan memberikan sedikit sumbangan tulang empat kerat untuk  mangsa banjir di Kelantan baru baru ini membuatkan kami alpa seketika untuk update blog ini. Di pendekkan cerita WELCOME 2015! semoga rezeki kami melimpah ruah seperti tahun tahun terdahulu. Berkat sokongan dari semua pelanggan online & Offline kami.

Setia menyokong pengusaha bumiputera seperti kami dan jangan lupa hubungi kami untuk sebarang pertanyaan lanjut.

* Kami juga menyediakan perhidmatan / pembekal perabut dan hiasan dalaman untuk projek kerajaan dan sebagainya.


Sekian,

Admin