Ahad, 20 Oktober 2013

Dining Chair Cover untuk Kak Zah

Alhamdulilllah kami telah siapkan dining chair cover dan juga sofa cussion back cover utk Kak Zah untuk digunakan pada Aidiladha yg ber berlalu....tq Kak Zah d atas kepercayaan anda.




Rabu, 25 September 2013

Premium Quality Cussion Cover Material - New

Salam Semua.....fuihhh...mengeluh sekejap bila tengok kain dari supplier...giler harga "Meletop" lepas kenaikan harga minyak nie... But disebabkan order dah confirmed, tgk material kain pun sangat cantik dan "Premium Quality" lagi,  saya tetapkan juga harga seperti yang telah dijanjikan. So kepada yang telah tempah cushion cover & dining chair cover jgan risau saya bagi kain yang sangat menarik harga tiada pertambahan*. But kepada yang baru nak buat tempahan, mintak ampun maaf, tempahan akan ikut harga baru kain yer....Saya attached a few sample kain untuk tatapan anda....Sudi-sudi lah menempah yer...

Regards,
SALMAS DESIGN
BL01

BR01

BR02

CM01

ST01

DM01

FL01

ST02

ST03

Note = Colour sedikit berbeza dari material sebenar.

Ahad, 8 September 2013

sarung kusyen for sofa

The making of cussion cover for Pn. Rose... Harap2 siap spt yg di rancang. Anyway thanks Pn. Rose dr PJ. Size 29x26inch....double layer with zipper 4 pcs.
Add caption

Rabu, 28 Ogos 2013

Sarung kerusi Makan (Dining Chair Cover)

Hi Semua,

Chomel tak dining chair cover nie. Berminat untuk order sila sms/wassap/ email.  harga adalah seperti berikut:-

  1. Single - RM10.00
  2. Set kerusi 6 - Rm 50.00
  3. Set kerusi 8 - RM65.00


Kos penghantaran melalui pos mengikut berat. Anggaran Rm 6:00 - RM 10.00 (semenanjung) Rm 10 - RM 20.00 (Sabah / Sarawak)

Langsir Blackout Qualiti AA

Salam Semua,

Salmas ada mengeluarkan langsir siap untuk sliding door jenis kain Blackout. Kenapa kita panggil blackout? sebab kain nie tebal and tak telus cahaya matahari 99%. sangat sesuai di pasang di dalam bilik tidur (Bleh lena lama sikit...hiihih) Buat masa sekarang kita menyediakan warna kosong dengan jahitan french pleat & eyelet sahaja. Sekiranya permintaan bertambah, Salmas akan cuba dapatkan pembekal blackout bercorak...ok warna-warna yang available ialah brown, purple, pink & blue. Sekiranya ada yang terkini, kami akan update di sini, tq.

Sekian, Wasaalam.

Salmas Design

Khamis, 22 Ogos 2013

Tips memilih wallpaper untuk rumah anda

Free consultation untuk memilih wallpaper yang sesuai untuk rumah anda.... (Jgn copy paste yerr)

Jika anda ingin menghiasi lagi bilik anda atau reka bentuk rumah baru anda, anda boleh memikirkan untuk memasang pelbagai jenis wallpaper bagi menaikkan semula semangat and  rupa bilik/ ruang tamu rumah anda. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memilih kertas dinding yang betul yang sesuai dengan gaya anda. pilih corak dan tekstur kertas dinding yang betul.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:-


  • Ruang yang besar atau kecil? 

Jika ia adalah sebuah bilik yang besar, memilih kertas dinding corak besar dan dinding warna gelap untuk menampakkan bilik lebih selesa dan intim.

Jika bilik kecil, pertimbangkan memilih kertas dinding warna cerah untuk memberi ruang berasa lebih besar dan lapang,


  • Tidak tahu nak pilih warna apa? 

Lihatlah warna perabot anda. Jika perabot anda adalah dalam warna cerah, memilih kertas dinding berwarna gelap, jika anda mempunyai perabot berwarna gelap, memilih kertas dinding berwarna cerah. Sebaliknya sentiasa membuat reka bentuk anda kelihatan lebih menarik dan kurang menggalakkan.


  • Pemilihan corak? 


Perkara pertama yang anda perlu mengambil kira adalah saiz bilik anda. Corak besar akan membuat bilik kecil anda kelihatan sesak dan membuat melihat bilik besar anda kecil.
Pelbagai kertas dinding datang dalam gaya yang berbeza, dari formal untuk funky. Anda boleh memilih kertas dinding yang mudah untuk membuat bilik anda kelihatan moden dan elegan atau memilih kertas dinding bunga untuk membuat bilik anda kelihatan klasik dan hangat. Ia boleh menjadi lebih seronok untuk campuran reka bentuk vintaj dan moden di dalam bilik anda. Anda boleh menggunakan kertas dinding moden untuk dipadankan dengan perabot klasik dan ini membawa kesan yang menakjubkan. Juga, anda boleh sepadan dengan corak kertas dinding dengan perabot lembut.


  • Apakah jenis konsep dalaman yang anda mahu? 


Adakah anda ingin memasang kertas dinding anda bagi keseluruhan bilik anda atau hanya untuk dinding tumpu anda? Jika terdapat terlalu banyak untuk bilik anda untuk memasang kertas dinding, anda boleh memilih hanya satu ciri dinding untuk mewujudkan ruang yang menarik


  • Berapa gulung diperlukan untuk setiap ruang?


Kebiasaan nya wallpaper coverage didalam 139 sqft....untuk ruang dinding tumpu bersaiz 10X10 hanya 1 guling diperlukan...ukur luas dinding anda dan dapatkan hidmat kami untuk proses seterusnya.

Sekian Terima kasih,

Salmas Design

Isnin, 22 Julai 2013

Sarung Bantal Kanak-Kanak

Salam Semua,

Baru boleh hapdate blog...ok kali nie saya nak tunjuk hasil jahitan sarung bantal kanak-kanak bersize 28cm X 44cm. untuk 2m kain boleh dapat sekurang-kurangnya 4 biji bantal (sekiranya guna kain yg sama) tapi kalu nak nampak berlainan, boleh letak kain kosong kat bahagian belakang(mungkin akan lebih banyak bantal yg boleh dihasilkan). Kat sini saya nak ucapkan terima kasih pada Pn. Zura dari Bangi atas tempahan bantal for Rara and Medina. Jangan segan tuk tempah lagi yer... :) untuk mengetahui berapa upah jahit sila klik di sini.



Jumaat, 19 Julai 2013

Alhamdulillahhh....

Salam Semua,

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH SWT kerana memberi rezeki, inilah hasilnya kerja-kerja ID yang dijalankan di sebuah rumah di Sunway Kayangan, Shah Alam. TQ to tuan rumah kerana telah memberi kepercayaan kepada kami.Hanya yang tinggal langsir, wallpaper and chandelier yang masih belum di pasang.Kepada tuan rumah, kami di SALMAS mengucapkan selamat berhari raya dengan imej rumah baru. Semoga tuan puan dapat mencuci mata dan untuk sebarang tempahan dan pertanyaan sila hubungi kami.

Sekian Terima Kasih,

Yang Benar,

Salmas Design


Ahad, 14 Julai 2013

Salam Ramadhan

http://ecard.worldofislam.info/images/Ramadan/n/003.jpg

Salam Ramadhan Semua,

Maaf, Ramadhan nie mcm biasa lah sibok sikit menguruskan kedai dan tempahan pelanggan. Terima kasih kepada yang menempah langsir, sarung bantal dan renovation hiasan dalaman. Insyaallah kami akan siapkan tempahan anda di dalam masa yang dijanjikan.

Oh ya! sebelum terlupa last call for tempahan adalah pada 21 Julai 2013 (Ahad). tempahan selepas tarikh tersebut tidak akan diterima...maaf sesangat. Bukan apa, sebab kami nak siapkan tempahan dan seterusnya buat persiapan raya..almaklumlahh....meniaga nie rumah sendiri kena kemas last minit...hihih..

Ok itu saja untuk kali ini...jumpa lagi next post ya!

Yang Benar,

Salmas Design

Ahad, 7 Julai 2013

More Discount - wallpaper installation



Salam Semua,

Aidilfitri tak lama lagi, for those yg berhajat nak pasang wallapaper for kids kat bilik anak-anak anda, kami di Salmas Design akan memberi discount raya..aka angpau raya tuk anak anda....caranya mudah...1st roll wallpaper harga pemasangan tidak berubah....pemasangan roll ke dua ke atas harga pemasangan kami bagi discount 10%....pemasangan 10 roll ke atas...kami bagi 20% discount...seronok tak???..so jgn lupa hubungi kami yaa..  

Regards,
Salmas Design

Jumaat, 28 Jun 2013

Tawaran Istimewa Aidilfitri bermula untuk Pemasangan Kertas Dinding di rumah anda



NORMAL PRICE RM 699.00 per roll                                                           

HARI RAYA DISCOUNT 
RM 590.00 per roll **




Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang kami di Salmas Design mengadakan promosi kertas dinding. Harga Promosi termasuk harga pemasangan.

Jangan lepaskan peluang keemasan. Sementara Stock Masih Ada!
Hubungi kami untuk maklumat lanjut

* 2nd Roll and above

Khamis, 27 Jun 2013

Anjung Seri Langsir & Penataan

Salam Semua,

After lunch tadi singgah di Newsplus nak beli mag. biasalah mag. hiasan dalaman memang jadi tumpuan...tgk punya tgk...ehh anjung seri keluarkan tajuk langsir & penataan. So if you all nak tgk isi kandungannya jgn lupa beli tau. Kat dalam tu banyak design langsir terkini dan pilihan langsir yang sgt menarik untuk anda cuci mata. Cara nak jahit langsir pun ada so jgn lupa yer...lepas beli singgah kedai saya & tempah lah apa yang patut...hihih...

Yang Benar,
Salmas Design


SampleDesign & Warna kain langsir

001

002

003

004

New wallpaper 2013/2014








Note: Perhatian! Warna sedikit berbeza dari katalog asal.

Rabu, 26 Jun 2013

Hiasan dinding corak terkini 2013/2014

Salam semua,

Dengan bangganya Salmas Design memperkenalkan produk hiasan dinding terkini dari Korea . Sangat cantik tak tipu. Untuk tempahan & pemasangan boleh hubungi kami dengan kadar segera. Al maklumlah raya dah dekat takut tak sempat pulak kami pasang hiasan dinding di rumah anda nanti. buat masa sekarang masih banyak gambor yg belum di upload. Sabar ya...Insya Allah akan diusahakan secepat mungkin untuk tatapan anda semua.

Terima Kasih.

Salmas Design

Isnin, 17 Jun 2013

Langsir Goblet

Salam Semua,

Hari ini saya berkesempatan untuk berblogger. just to share with you all yang di kedai kami juga ada menerima tempahan langsir goblet. yang mana langsir ini sangat sesuai untuk dipasang pada railing langsir yang tinggi dan alunan kain langsir yang panjang beserta "Goblet" berbentuk cawan wine di bahagian atas akan menambahkan lagi seri langsir tersebut. Untuk tambah cantik letakkan butang berlainan warna, manik kristal ataupun jurai manik.

berikut contoh langsir goblet untuk tatapan anda.


Sumber : google
Untuk tempahan :-

Sekaki RM 15.00 (Termasuk butang, tidak termasuk kain)

Ahad, 2 Jun 2013

Feng Shui Color

Untuk kali ini feng Shui colour untuk saya menurut Mr. paint Man adalah EARTH..emm sound good..


Anda juga boleh mengetahui feng shui color untuk anda dengan melayari http://www.mydecofren.com.my. Dah dapat color yang sesuai, hubungi kami dan kami akan mewarnai rumah anda mengikut feng shui anda sendiri.

Colour of the Year 2013

http://www.dulux.com.sg


http://www.dulux.com.my
Tercari-cari Colour of the Year untuk hari raya tahun ini. Dulux memperkenalkan colour terkini Inspired Violet Dulux 90BB 09/186. Menurut Dulux, warna indigo mewujudkan satu kenyataan yang menarik yang berkaitan dengan kebijaksanaan dan kejujuran yang meningkatkan persekitaran anda. So berani-berani kan diri untuk mencuba warna baru dalam hidup anda.

Koleksi Terbaru dari Salmas Design

Salam semua,

Ini ada beberapa koleksi terbaru dari Salmas Design, Selamat mencuci mata...berminat sila hubungi kami untuk tempahan Hari Raya ataupun masuk rumah baru .

Box Pleat


Palmet + Scallop



Langsir eyelet double >> Body + Head

Double Eyelet

Salam semua, semalam dah selesai memasang langsir double eyelet...untuk pengetahuan semua, ini design terbaru dari SD...body combine terus dengan head untuk mengurangkan kos ring (hihihi). Kisahnya langsir nie terhasil sebab ada jiran yang tanya boleh tak jahitkan langsir macam nie (sambil tunjuk gambar dalam note2 nyer). So kita pun berusaha merialisasikan dan terhasil lah eyelet sebegini. So untuk sesiapa yang berminat nak tempah untuk hari raya, harga kain blackout purple (kain yang tak telus matahari)  tu RM 29.90 semeter  dan head atas tu corak terkini yang anda boleh dapati dalam pelbagai warna semeter RM 39.90. Nak lagi cantik tambahkan manik dihujung kain bercorak tersebut (Harga manik berasingan)

Ikhlas dari,

Salmas Design

Jumaat, 24 Mei 2013

Nak tempah langsir? tak tau cara mengukur yang betul? mari ikut cara saya

Langkah -langkah adalah seperti berikut:-

1. Ambil meter pengukur (kiraan dalam inci atau kaki)

Contoh/ Sample pita pengukur yang sesuai




2. Ambil ukuran A dari hujung  ke hujung railing atau rod langsir anda untuk mengukur lebar
3. Untuk labuh langsir, ambil ukuran B dari hujung railing ke lantai rumah anda atau labuh langsir yang anda inginkan
4. Catat ukuran, dan sedia untuk ditempah.


Selamat mencuba!

Salmas Design


Rabu, 22 Mei 2013

Jahitan sarung kusyen segi empat dan lain-lain paten

Berminta untuk mendapatkan sarung kusyen segi empat untuk hiasan di sofa?..Anda boleh membuat tempahan serendah Rm. 10.00 sehelai. Gambar akan di muat turun seberapa segera. Tq

Yang benar,

Salmas Design


Promosi jahitan langsir + hiasan dalaman diteruskan sehingga bulan June 2013. Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Sila hubungi kami atau kunjungi kami untuk keterangan lanjut.

Selasa, 21 Mei 2013

Salam Pengenalan

Kami di Salmas menyedia perkhidmatan jahitan langsir,langsir sediaada, pemasangan wallpaper, jahitan bantal segi empat, bulat, bujur dan jahitan set tilam pengantin. selain itu kita juga menerima tempahan jahitan alas tilam bayi dan perkhidmatan hiasan dalaman.
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Sekian , terima kasih.

Salmas Design